Tahun-tahun awal Sammo_Hung

Dilahirkan dengan nama Hong Jin-bao di Hong Kong, kedua-dua ibu bapanya bekerja dalam industri filem tempatan dan beliau dibesarkan oleh datuk neneknya.

Hung menyertai Akademi Opera Mahaguru Yu Jim Yuen pada tahun 1959 selepas datuk neneknya mendapat tahu tentang pusat pengajian itu daripada kawan-kawan mereka. Hung, yang dikenali sebagai Yuen Lung dalam kumpulan Tujuh Untung Nasib Kecil kemudian menimbulkan persaingan persahabatan dengan salah satu murid yang lebih muda, Yuen Lo. Yuen Lo tidak lain dan tidak bukan daripada bintang handalan antarabangsa, Jackie Chan. Hung meninggalkan Akademi ini selepas mengalami kecederaan yang mengakibatkannya terlantar di katil untuk tempoh yang lama. Semasa itu, beratnya bertambah dengan pesat. Selepas mencari kerja dalam industri filem sebagai pelagak ngeri, beliau diberikan nama samaran sempena nama watak kartun Cina yang termasyhur, Sam-mo (Tiga Lembar Rambut).

Pada tahun 1988, Hung membintangi dalam filem Alex Law, Muka-muka Tercat (Painted Faces), suatu cerita dramatik tentang pengalaman-pengalamannya di Sekolah Opera Peking. Antara latihan-latihan yang ditonjolkan dalam filem itu ialah banyak libas belakang akrobatik, serta dirian tangan berjam-jam yang dilakukan pada dinding. Walaupun terdapat juga sebilangan latihan dan hukuman fizikal yang lebih kejam yang ditonjolkan dalam filem tersebut, Hung dan ahli-ahli kumpulan Tujuh Untung Nasib Kecil yang lain menganggap filem itu sebagai versi pengalaman mereka yang telah dilembutkan.